Thursday, November 03, 2011

seminggu berlemak.


sebelum terlambat, aku nak wish HEPI DIWALI to those yang penyambut.*dahterlambatdahpon*. and sempena diwali lepas, i telah selamat bercuti selama seminggu di kampung terchinta. #ohheaven! tersangat la heaven. baru bercuti seminggu, tapi aku terasa macam lemak yang terkumpul dekat badan aku neh macam bercuti setahun dekat rumah. gila kau! serious. sekarang terasa teramat la berlemak.


yes i know, before ni pon macam la takde lemak kan. no i mean, sekarang PENAMBAHAN lemak tuh adalah berlebihan. kalau p timbang ni, maunya berpusingpusing penimbang tuh taknak berhenti. -.-"


kalau dekat kampung tuh, perut aku tak pernah kenal erti rasa lapar. ini kes serious. apa aku nak makan mesti dapat. sampai kan mummy i selalu habaq "nok make macemace neh. sibo nok make". welll ma, u know la your anak ni perantau, jarengjareng balik. so bila balik wajib la request everything maaaaaaaaaaaa. haha.


and this is ANTARA faktor pengumpulan lemak aku. *bila aku maksudkan antara tuh, maksudnya banyak lagi la yang tidak dipaparkan disini*. -_-




eh tak. ni bukan faktor kelemakkan. tapi ni faktor terlemak ni. amomomo


this is pisang goreng SPECIAL. kau takkan jumpa manamana negeri melainkan negeri kelantan terchinta. serious. selama aku merantau, aku tak pernah jumpa lagi pisang goreng macam ni dekat tempat lain. nak tau apa beza? next picture pehlisss


dia punya tepung. tepung untuk pisang goreng kelantan di bancuh SENDIRI. sendiri tuh bermaksud menggunakan adunan sendiri not the instant la. tengok dia punya habuk/serdak tuh la. lain dari yang lain. kau adooooo?


semua kenal ni. CEKODOK. tapi aku panggil JEPUK PISE. sedap dimakan ketika panas. penyumbang terbesar kelemakan. aishhhh. nasib la kau sedap!


this is buah roselle. first time aku tengok buah roselle secara live *jakun*. buah ni makcik aku tanam. and aku baru tau dia tanam. -.-'. so that day dia offer kan buah roselle ni dekat aku and adikadik, tapi dengan syarat kena la petik sendiri. jujur aku cakap, aku malas nak petik so aku gunakna kuasa veto as kakak suruh adika ku p petik. nasib la. aku kan kakak.

buah roselle ni kau boleh makan cenggitu je. makan dia punya kelopak luar tuh. tapi aku makn sikit je. selebihnya kami jadikan dia air. macammana nak jadikan dia air. kau rebus aje la kelopak dia tuh. lepas tuh tambah la sikit gula. nak tambah nikmat, tambah ais. perhhhhhhhhh terangkat!


ni air roselle aku. yang ni kurang pengumpulan lemak sebab kurang ais. aku just guna air sejuk. nak cepat & malas punya pasal. malas nak ketuk ais. muahaha.


kau kenal ni ape? ni namanya LOMPAT TIKAM. campuran tepung+santan+pulut+gula melaka. semua bahanbahan tuh kandungan kalori yang hebat. pengumpulan lemak yang hebat!


oh jagung. jagung fresh dari ladang. jagung hasil tanaman mak mertua abang i. #untunglah ada abang i kawen dengan anak petani berjaya. now musim jagung, sat lagi musim kacang tanah. hahaha. sat lagi sampai la stok kacang tanah dekat rumah i. #ohheaven! kacang tanah rebus makan panaspanas time musim hujam sangat la nikmat!


oh. disebabkan stok jangung adalah berlebihan. makanya, my mummy buatkan la bubur jagung atas permintaan anak dia ini. muahahahaha. sedap kau! aku habis 3 mangkuk! alah, baru 3. tuh pon ada lagi lebih. ingaat nak tambah lagi. tapi tapi tapi. sedar diri sedari diri...


ketam masak lemat. aummmmmm. sangat nikmat. malas nak komen banyak sekarang. *kesat air liur*


this is my favourite selamalamanya la. i panggil 'sotong masak serai'. masakan ala-ala ikan singgam. tapi versi sotong. sedap. oh, gambar diatas adalah selepas habis makan. thats why la tinggal janggut sotong aje. slurrrrrrrrp. masakan wajib setiap kali kaki menjejak rumah manis rumah. lagi best kalau sotong tuh sotong bunting. telur dia bestttt!


ini roti canai versi kelantan. sama aje kot dengan mana-mana roti canai. tapi jadi special sebab i boleh makan lebih dari 1. muahahaha. dahla roti telur. tak main la kosong ni. tapi i tak tamak. i makan 1 je *tuh sebab i dah kenyang time tuh*




sebenarnya banyak lagi para makananmakanan yang menyumbang kepada pengumpulan lemak di badan yang sedia berlemak ni. tapi itu aje yang sempat teringat untuk disnap. almaklum la, KELANTAN kan SYURGA MAKANAN. kau nak makan apa? semua adooooooo.


oyak jah nok make gapo. ado blako. kalu nok cari make gok, mari la derak kelate.


sebab tuh la sekarang kalau jalan mesti terasa perut kedepan. PJK (PerutJalanKedepan). and now, pakai baju kurung pon dah terasa ketat dekat bontot. -____________-
next week lagi seminggu bercuti di kampung. oh nooooooooooooo. bertambahtambah la kau baby fat!!!

2 comments:

apa mau komen?