ADA 1o TIPS SEMUANYA. selamat membaca dan beramal. :)
ok. itu sahaja tips dari aku.
- bukak buku kat sebelah mesti ada laptop. jangan tutup laptop. laptop tuh kau bukak lagu. volume slow cukup ah, agak-agak dengar ok la.
- biarkan laptop. tumpukan pembacaan kau dekat buku kau baca tuh. tak kira la bio ke, kimia ke, math ke, law ke lantak kau la nak baca apa. kau yang hamik exam. hokeh. fokus tau!
- lepas 50.......................................saat. kau ngadap ah laptop balik. bukak ah facebook ke, belok ke, tumblr ke, twitter ke. suka hati kau ah nak bukak apa. janji kau enjoy.
- lepas 50 minit online, agak-agak dah bosan tuh, kau ngadap ah balik buku kau tadi. hadap je. takyah fokus pon takpe.
- agak-agak dah ngantuk tuh kau pusing ah tengok member kau sebelah. kalau takde sebelah, kau pergi ah jenguk member kau kat bilik sebelah. kalau depa semua kalut study, jangan kacau. kau balik kat meja study kau balik.
- buka balik buku kau tadi. bukak, tangok berapa banyak lagi kau tak study.
- pastu tutup buku. takbaik biarkan ilmu terbukak macam tuh aje.
- kau pusing badan kau, nampak katil kan? apa lagi. pergi ah baring. baring je pon. bukan nak tidur.
- lepas dah baring atas tilam/katil tuh kau golek ah kiri kanan sikit. kasi longgar otak kau tuh. lepah dah agak selesa sikit, cuba kau tutup mata. fikirkan apa yang kau dah belajar. lepas tuh teruskan tutup mata sampai kau rasa dah tak ngantuk. aku rasa ada dalam 2 3.......jam kan? ok la tuh.
- lepas bangun tuh kau ngadap ah laptop balik. tak cuci muka pon takpe. teruskan online. sampai kau puas. layan movie ke, drama ke. best jugak tuh.
ulang step 1-10.
ok. itu sahaja tips dari aku.
apa kau ingat aku gile nak bagi tips bagai ni? diri aku sendiri pon entah kemana. ada hati nak bai hangpa tips?! haktuiiiiiiiiih! tips untuk manjang tidor boleh ah bagi. sebab tang tuh aku memang pro la. nak bagi tips study? boleh tuh memang boleh, tapi macam tips kat atas tuh la. HAHA.
kau kalau amalkan tips yang aku bagi kat atas tuh, SYABAS aku ucapkan!kalau kau tengok muka aku dalam gambar atas tuh, tuh la muka aku sekarang, muka cuak. nampak benor menipunye~* kau percaya? bagus! esok exam, tapi hari ni aku takde feel pon nak exam. sebab tuh aku boleh hupdate belok neh. muahahaha. tak ke gilewww aku ni? mana kau nak jumpa orang gilewww macam aku ni? kat tepitepi jalan pon belom tentu jumpa la weyh! kat dalam ni aje ada! gilewww kool aku kan? *kau taknak puji, aku puji ah diri sendiri*. aku bajet kool ah sebab lecturer dah bagi apa yang masuk. cuba tak bagi? mati kejung ah aku!
*bai! nak sambung study, esok first paper aku.*bajet*
Ada terasa sama macam aku sikit nih..tapi tak seteruk ni..haha
ReplyDelete@Alan Rizque sama? geng! teruk sangat ke? ala, ni baru ringanringan ni. :D
ReplyDelete