Monday, January 24, 2011

pen serbaguna-sape nak beli?

ehem ehem. assalamualaikum korangggggggggggggggggg. korang sehatttttt??? kalau tak sehat tuh sile keklinik sendiri yea. kahkahkah.

korang. korang. *excited neh*. aku ada benda nak ceghita kat korang neh.
korang. korang. korang tau tak yang hari tuh aku beli dipaksa beli satu pen neh. lecturer aku dah berhari hari buat promotion. dah la dulu time first day sem enam start terus promote pen tuh. pen tuh laen dari yang laen katanya. katanyaaaaaaa. kata ku tidak. tapi lecturer neh la paling aku sukaaaaaaaaaaaaaaaa. susah woh nak carik lecturer canggini. sempoi habis weyh


memandangkan pen neh takde brand. so aku namakan pen neh as pen cap ayam.


so. memandangkan aku membelinya secara terpaksa. dengan berbesar hatinya aku disini ingin mengumumkan AKU NAK JUAL pen neh balik. bukan tak suka, tapi aku tak tau nak pakai watpe.

pen cap ayam neh banyak kegunaan weyh. selain digunakan untuk menulis. antaranya:
1) mempunyai memori simpanan sehingga 4gb
2) sebagai ganti videocam - mampu merekod video
3) boleh digunakan sebagai kamera - boleh capture gambar
3) boleh digunakan sebagai CCTV - merekod tanpa pengetahuan mangsa yang direkod




ini pakej pen cap ayam yang ditawarkan.



ini pulak ghope pen cap ayam tersebut.



mana kau nak cari pen 4gb? kat belok aku neh je ada weyh.



contoh penggunaan pentersebut. boleh diletakkan ditempat tersembunyi untuk merakam. berfungsi sebagai cctv. perrrrhhhh. mana kau nak cari pencenggini?



ni pulak some pictures yang diambil mengunakan pen cap ayam tersebut. kualiti gambarnya agak memuaskan hati. (gambargambar dibawah adalah tanpa edit.sekian)








and this is the video yang aku sempat rakam pada hari kejadian. that mean hari pembelian pen tersebut la. dalam video neh korang boleh nampak muka lecturer aku yang desperate menjual pen cap ayam tersebut. mutu video ini gak memuaskan nafsu. kualiti audio yang sangat memuaskan.







tetapi sebagai penjual yang berhemah. aku nak tekankan satu jela. keburukan pen cap ayam ini. kita takleh nak preview gambar yang kita tangkap tuh. melainkan kau transfer to computer. baru boleh tengok. kalau dah takleh preview, bermakna kau takleh tau la condition gambar kau tuh. celar or not. blur or not. kan? so neh la hasil kalau dah gambar yang dicapture takleh dipreview.




harga? hahaha. harga pen cap ayam neh sebenarnya boleh menampung makan minum aku selama 2 minggu kau tau! so kau pikir la berapa mahalnya pen neh.


so. sesiapa yang berminat boleh la kontek aku di metomoshi@yahoo.com. harga boleh dirunding. hahahaha. yang berminat aje la. tak nak sudah. aku boleh je simpan. buat pekasam. agak agak sebati terawet boleh la digoreng. sodap jugakkkkkk.

No comments:

Post a Comment

apa mau komen?